Tentu ramai yang kenal dan pernah makan kuih sekaya ni kan? Kuih sekaya merupakan makanan tradisional negeri terenganu yang saya mula makan dan kenal sejak usia hingusan lagi. Sampai sekarang saya suka kuih sekaya ni. Resepinya juga amat mudah dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
Resepi Kuih Sekaya Terengganu Menggunakan 3 Bahan Sahaja
Nah saya kongsikan resepi membuat kuih sekaya paling sedap dan lembut yang pernah saya rasa. Jom mulakan operasi memasak.
Bahan-bahan :
- 5 biji Telur
- 1 Santan
- 2 Ketul Nisan / Gula Melaka
Cara-caranya adalah :
1) Cairkan gula melaka bersama sedikit air dalam periuk kecil dengan api perlahan. Kacau campuran kerap kali supaya ketulan menjadi cecair. Masak sehingga ketulan menjadi cecair yang sedikit pekat. Apabila campuran cair, sejukkan campuran pada suhu bilik (suam-suam).
2) Sediakan bekas kecil untuk memukul telur serta campuran lain. Pecahkan 5 biji telur ke dalam bekas. Pukul telur sehingga mengembang dan sedikit berbuih.
3) Masukkan satu kotak santan ke dalam telur yang telah dipukul dan kacau sehingga sebati.
4) Masukkan gula melaka yang dicairkan sebentar tadi.
5) Campuran sedia untuk dikukus. Masak campuran tadi selama 15 minit. Cucuk sedikit menggunakan garfu untuk make sure kuih masak atau belum.
6) Potong kepada kepingan kecil seperti kek dan sedia untuk dihidang. Done !
Sekian sahaja dari saya. Terima kasih sudi melawat blog saya. Silakan share resepi yang sangat mudah ni kepada rakan-rakan dan keluarga. Boleh juga melawat Youtube Channel untuk menonton resepi lain dekat atas. : D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan