Resepi Corndog Cheese amatlah digemari setiap genap lapisan masyarakat hari ini. Corndog Cheese tidak asing lagi dalam industri makanan harini kerana ianya menjadi salah satu makanan viral yang berjaya menambat hati sesiapa sahaja.
Corndog cheese sebenarnya amatlah mudah untuk dibuat. Resepinya sangat simple dengan hanya memerlukan beberapa bahan penting sahaja.
Resepi Corndog Cheese Leleh Buat Seisi Keluarga
Bahan-bahan :
- Sosej
- Roti Sandwic
- Lidi / Batang Aiskrim
- Telur
- Minyak / Marjerin
Cara-cara membuat:
1) Sediakan roti sandwic. Saya menggunakan roti gardenia kerana ia lebih lembut. Potong bahagian tepi roti senang untuk digulung dan dibentuk.
2) Letakkan roti di atas permukaan leper untuk dilenyek sepuasnya. Gunakan penggiling atau gelas untuk menggelek roti sampai nipis.
3) Potong sosej ikut kreativiti sendiri. Susun cheese keping di atas roti. Cucuk sosej tadi dengan batang aiskrim.
4) Gulung sosej dengan roti yang dilapik dengan cheese tadi. Kemaskan bahagian tepi menggunkan air.
5) Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk.
6) Salut corndog dengan telur dan sedia untuk digoreng. Perlu dimakan ketika suam-suam supaya cheese tadi cair dalam mulut dan meleleh. Yummmmmm.
Tambahan:
- Selepas corndog disalut dengan telur, bolehlah disalut kali kedua dengan serbuk roti untuk nampak lebih menyelerakan.
Nampak lazat kan? Jom kita semua cuba sekarang. Boleh melawat youtube channel saya di bawah untuk tengok penyediaan secara live lagi. Terima kasih semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan